Monday, December 16, 2013

jadilah insan yang mampu menghiburkan hati.....

assalamualaikum.W.B.T...sedikit perkongsian...setiap insan memerlukan antara satu sama lain... persahabatan, ukhwah dan tali persaudaraan... jadilah insan yang boleh menghiburkan orang lain daripada menjadi manusia yang dipandang hina... ilmu seseorang bukan menjadi ukuran hebatnya seseorang itu, tetapi banyakkah ilmu yang disebarkan untuk mengajak manusia kepada jalan Allah itu yang akan menjadi ukuran... Seseorang yang pandai berhujah dan peteh bercakap tidak semestinya seorang yang tinggi ilmu dan budi pekertinya... percakapan bukan ukuran kepada akhlak seseorang namun akhlak yang baik merupakan nilai tertinggi seseorang itu... sama-sama kita mengajar dan menjadi pencetus ummah yang mampu mengerakkan dakwah islamiah....sama-sama kita menjaga akhlak, percakapan, tingkah laku dan akhlak...kalau tak mampu menjadi garam yang dapat memasinkan ikan, jangan pula kita menjadi lalat yang membusukan ikan..sama-sama kita renungkan....

Tuesday, December 10, 2013

PENGALAMAN MENGAJAR ERTI KEHIDUPAN...

Assalamualiakum. W.B.T...kepada semua yang mengenali diri ini... sudah hampir begitu lama menyepi tanpa disedari sudah bermula takwin islam 1435H... masa berlalu begitu pantas..saya kini sekarang sedang berkhidmat di jabatan baru....banyak pengalaman mengajar kita erti kehidupan..semakin jauh kehidupan menusuri kehidupan semakin luas pengalaman dan semakin banyak pengajaran dalam hidup ini yang perlu dilalui....Maha Suci Allah di atas segala perancangan dan aturan kehidupan ini.... Sekadar perkongsian dalam meneruskan dakwah.... Alhamdulillah dengan sedikit ruang perkongsian yang ada sama-sama kita mengucapkan syukur kepada Allah diatas segala nikmat dan kurniaNya kepada kita... Jalan Dakwah tidak lain tidak bukan hanyalah untuk mengajak manusia terus berpegang teguh kepada jalan allah..sesungguhnya dengan kemuliaan sifat Allah kepada kita, walaupun kebanyakan kita yang bergelar islam lupa dan alpa dalam menjalankan amanah yang telah diberikan namun Allah tetap lagi bersabar melayan kerenah hamba-hambanya.. marilah sama-sama kita memperbanyakkan amal kebaikan, sama-sama kita menjadi hamba yang sentiasa menghampiri kepadanya..insyaAllah....

Monday, July 26, 2010

Syair cinta mengasyikkan terhadap allah dari Rabi'ah al-Adawiyyah..

Ku jadikan kau teman percakapan hatiku
Biarpun tubuhku sedang bercakap dengan manusia
Jasadku biar bercengkerama dengan manusia
Namun isi hatiku tetap terpacak pada Mu

Wahai Tuhanku, tenggelamkanlah aku dalam mencintaiMu sehingga tidak ada yang menyibukkan ku selain dari Mu. Ya Tuhanku, bintang dilangit telah mengerlapan, mata telah berketiduran, pintu-pintu istana telah dikunci, tiap pencinta telah menyendiri dengan yang dicintai, dan inilah aku berada di hadrat-Mu.

Tuhanku, malam telah berlalu dan siang telah menampakkan diri. aku gelisah apakah amalanku Engkau terima sehingga aku merasa bahagia, ataukah Engkau tolak sehingga aku merasa bersedih. Demi kemahakuasaanMu, inilah yang akan ku lakukan Engkau memberi hayat, Andai aku Engkau usir dari depan pintu Mu, tidak akan aku pergi, kerana cintaku kepadaMu telah memenuhi hatiku.

Tuhanku, akan kau bakarkah qalbu yang mencintaiMu dengan api neraka? tibatiba terdengar suara, " kami tidak akan melakukannya itu. janganlah engkau berburuk sangka pada kami."

Tuhanku, apa sahaja yang hendak Engkau kurniakan kepadaku berhubung dengan dunia, maka berikanlah kepada musuhku. apa sahaja kebaikan yang hendak engkau kurniakan kepadaku berhubung dengan akhirat, maka berikanlah kepada orang-orang yang beriman kerana aku hanya inginkan pandangan Engkau sahaja padaku.

Tuhanku, sekiranya aku menyembah Mu kerana takutkan Neraka Mu, maka bakarlah aku dengan api neraka jahanam. Sekiranya aku menyembah Mu kerana inginkan Syurga Mu, maka haramkanlah ia dariku, Tetapi sekiranya aku menyembah Mu kerana Zat Mu, maka janganlah Engkau haramkan aku dari memandang (menghayati) keindahan Mu yang azali.

Wahai kekasih hatiku, hanya Engkaulah yang ku kasihi. berikanlah keampunanMu pada pembuat dosa yang datang kehadratMu. Engkaulah Harapan, kebahagiaan dan kesenanganku. Hatiku telah enggan mencintai selain diri Mu.

Aku mencintaiMu dalam dua kecintaan, cinta nafsu dan cinta kerana Engkau adalah yang selayaknya. adapun cinta nafsu menenggelamkan diriku dengan selalu memgingatiMu sehingga lupa yang lain. Dan adapun cinta kerana Engkau adalah ahli yang selayaknya, maka bukakanlah hijab bagi diri Mu hingga aku dapat melihat Mu, bukanlah pujian itu untuk diriku bahkan segala pujian untuk Mu semuanya pada cinta pertama dan kedua.

Friday, April 2, 2010

dakwah....

salam perjuangan buat semua yang mengenali...insyaAllah sama-sama kita berbincang, berkongsi sedikit ilmu tentang dakwah..kita semua telah maklum bahawa dakwah merupakan suatu yang amat penting dalam pembangunan tamadun islam yang berjaya...adakah kita lupa bahawa islam pernah menguasai 2/3 dunia suatu masa dulu..semua itu berpunca dari dakwah yang tersebar seperti tiupan angin..begitu hebat sekali golongan pendakwah kita yang berjuang dengan dakwahnya sehingga mampu mencapai tahap kegemilangan yang diimpikan...
namun hari ini, dikehidupan alaf kemajuan kemodenan masyarakat islam menjadi mundur sehingga dianggap sebagai penganas bahkan macam-macam lagi yang timbul berkaitan dengan islam.
adakah kita lupa kepada pejuang islam yang terdahulu dalam menyebarkan islam sangggup memperjuangkan sehingga islam itu betul-betul berada dikemuncaknya. kenapa kita sekarang tidak mampu seperti apa yang mereka lakukan dulu??

kepada pendakwah-pendakwah generasi baru marilah sama-sama kita memperkasakan ilmu dakwah sedalam-dalamnya demi memartabatkan islam..sama berdakwah memgunakan kepakaran yang ada dengan sebaik-baiknya..insyaAllah dengan kesungguhan dan istiqamah insyaAllah islam itu pasti berada dikemuncaknya..

Wednesday, March 31, 2010

assalamualaikum...
alhamdulillah, setelah sekian lama menyepi masih diberi kekuatan dan kesempatan oleh allah s.w.t untuk menulis sekadar yang mampu sekadar memperingatkan diri dari terus kepada kelalaian...

sedikit perkongsian apa yang kita ketahui begitu banyak sekali maksiat kelupaan kepada allah yang berlaku diakhir-akhir zaman ini..begitu mudah sekali kita terpedaya dengan godaan dan pengaruh-pengaruh yang cuba menyesatkan kita..isu yang sedang diperhangatkan sekarang iaitu tentang pembuangan bayi tanpa rasa bersalah, tanpa rasa malu segan.. sedarkah kita anak-anak yang dilahirkan itu semuanya datang dari Allah, sesungguhnya Allah telah menjadikan anak-anak itu suatu aset yang sangat berhargai yang mana suatu masa akan menentukan naik turunnya agama dan bangsa.. namun sekarang ini anak-anak yang dilahirkan ibarat seperti barang buangan, tanpa memikirkan kesan akibat dan nilai kepada masyarakat,
begitu rendah sekali nilai dan moral yang dapat kita nilai akhir-akhir ini.. tidakkah kita terfikir semua ini suatu masa akan mendatangkan keburukan kepada lebih-lebih lagi mendatangkan laknak dari Allah s.w.t..sesngguhnya laknak Allah tidak turun kepada mareka yang tidak bertanggungjawab bahkan kepada semua hamba-hamba dibumi ini beriman mahu pun tidak beriman..
untuk pertamanya marilah kita sama-sama mohon kepada Allah supaya memberi kekuatan kepaa kita untuk menghadapi semua dugaan ini..sama-samalah kita saling ingat mengingati kepada kebaikan,saling tegur menegur satu sama lain jadikan apa yang berlaku sebagai suatu cubaaan dan dugaan dari Allah..sama-samalah kita memainkan peranan dalam masyarakat demi menwujudkan sebuah masyarakat yang beriman kepada Allah S.w.t.

Thursday, December 31, 2009

salam penghijrahan.

alhamdulillah masih diberi kesempatan setelah sekian lama tidak menulis kerana kesibukan menuntut ilmu..insyaAllah dengan sedikit ilmu yang dipelajari mampu dikongsi bersama-sama bagi terus mendekatkan diri pada Allah s.w.t..dengan kehadiran bulan islam yang baru 1431, begitu juga dengan tahun 2010 dalam hidup kita marilah sama-sama kita memasangkan niat dan azam yang baru semoga dengan kehadiran tahun demi tahun kepada menjadikan kita lebih dekat kepada Allah s.w.t..dengan kehadiran tahun baru dalam hidup kita itu tandanya semakin dekat lah umur kita kepada Akhirat, semakin hampir kita kealam yang fana, setahun demi setahun mendatang, adakah kita pasti kita mampu mencapai umur sehingga 60 atau 70 tahun? yang pasti hanya Allah sahaja penentu hidup kita.

Adakah cukup amal ibadat kita kepada Allah selama kita hidup didunia ini?persoalan yang cukup jelas yang selalu bermain difikiran kita, mampukah amal ibadat yang ada sekarang dalam diri kita menjadi penolong ketika berhadapan Allah s.w.t diakhirat kelak? sama-samalah kita hisab diri sendiri...apa yang penting semoga dengan kehadiran tahun baru dalam hidup kita marilah sama-sama meningkatkan amal ibadat kita kepada Pencipta Yang Maha Agung semoga ditempatkan ditempat yang mulia bersama hamba-hamba yang soleh. sentiasalah menginsafi diri, merenung setiap kesilapan yang dilakukan..sesungguhnya manusia itu dijadikan lemah, namun ia adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah s.w.t.. sama-samalah kita mencari mardatillah dengan setiap detik dalam hidup kita sentiasa mengingatinya dimana sahaja kita berada, yang pasti suatu masa kita semua akan mengadapnya berdasarkan suratan amalan yang dilakukan selama ini.salam mardatillah...

Friday, December 4, 2009

dosa-dosa harian....

asslamualaikum...
alhamdulillah masih diberi ruang hidayah oleh Allah s.w.t untuk menulis sedikit peringatan buat diri yang hina ini moga-moga sentiasa dibawah naugan dan petunjukNya...

apabila memikirkan tentang diri betapa banyaknya dosa-dosa yang telah dilakukan jika dibandingkan dengan amalan ibadat, tidak mampu rasanya untuk menutup dosa-dosa yang telah dilakukan. namun dengan rahmat dan kasih sayang Allah sebagai pencipta hamba ini, mampu menutupi segalanya... pun begitu adakah kita sentiasa merenung dan menginsafi dosa-dosa kita yang tinggi menggunung yang telah kita lakukan selama ini?? adakah kita yakin bahawa Allah telah memaafkan dosa-dosa yang telah dilakukan?? fikir-fikirkanlah...

dalam kehidupan harian kita, amat sukar untuk mengelak dari melakukan dosa apatah lagi dikekeling kita dipenuhi dengan sahabat karib kita iaitu syaitan dan kawan yang sentiasa bertakhta dalam diri kita iaitu nafsu. bagi hamba-hamba yang lemah imannya amat mudah sekali tewas tanpa berfikir panjang..namun bagi yang kuat imannya sekali pun tidak terlepas dengan godaan dan belaian syaitan dan nafsu yang memberi nikmat dunia dengan cara yang bermacam-macam bagi menewaskan iman. begitu kuat sekali syaitan dan nafsu mengoda sehingga kita lemah longlai dan akhirnya tewas kepada pujukannya...begitulah kehidupan kita harian yang dilalui oleh hamba-hamba yang bergelar islam yang mempunyai banyak mahupun sedikit iman didalam diri... semakin tinggi nilai iman dalam diri kita semakin kuatlah godaan syaitan dan nafsu sehinggalah kita mengikut telunjuknya.

namun begitu, selepas tewas dengan pujuk rayu syaitan dan iblis jangan sesekali berputus asa sesungguhnya rahmat Allah terbentang begitu luas terhadap hamba-hambanya, sama-sama kita perbanyakkan taubat kepadaNYA dengan soalt taubat, beristiqfar, berzikir, sentiasa menghisab diri dan dosa-dosa, sesungguhnya manusia tidak terlepas dari melakukan dosa..sama-samalah kita tanam keazaman yang tinggi untuk terus berjuang melawan godaan nafsu dan syaitan, lakukanlah apa sahaja pun bagi mengelakkan kita dari terjerumus kelembah dosa-dosa yang telah kita lakukan. insyaAllah sesungguhnya dengan sifat Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang diampuni dosa-dosa yang lalu. sama-samalah kita bekalkan diri kita dengan iman yang mantap sebelum berjumpa dengan Maha Pencipta yang menguasai seluruhnya.

sama-samalah kita doakan untuk kebaikan semua demi mendapat keredaan Allah s.w.t......

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM,
AMPUNILAH DOSA-DOSA KAMI DAN HAMBA-HAMBAMU YANG BERIMAN,
BERIKANLAH KAMI HIDAYAH DAN PETUNJUK KEJALAN YANG BENAR,
BIMBINGLAH KEHIDUPAN KAMI DENGAN RAHMAT DAN KEREDAANMU,
JADIKANLAH KAMI HAMBA-HAMBAMU YANG ISTIQAMAH DALAM MELAKUKAN KEBAIKAN,
JADIKANLAH KAMI HAMBA YANG BERSYUKUR PADAMU,
JAUHKANLAH KAMI DARI TERUS MELAKUKAN MAKSIAT DAN DOSA-DOSA BESAR,
SESUNGGUHNYA YA ALLAH, HANYA ENGKAULAH TEMPAT KAMI MENGADU DAN MERAYU MEMOHON HIDAYAH DAN SYURGAMU YA ALLAH.
AMIN AMIN AMIN...