Tuesday, June 16, 2009

khalifah umar abdul aziz hidup sederhana

Suatu hari Khalifah Umar Abdul Aziz berpidato di hadapan kaum muslimin. Sebagaimana biasa, pidato beliau sangant menarik dan memikat para pendengar. Akan tetapi pada kali ini, selain daripada kandungan pidatonya, gerak-geri Khalifah pula turut menjadi perhatian. Khalifah sering memegang dan mengibas-ngibaskan bajunya ketika berpidato, sesekali di sebelah kanan dan sesekali di sebelah kiri. Dengan demikian orang ramai menyedari bahawa gerakan tangan Khalifah tidak ada kena mengena dengan kandungan pidato. Setelah Khalifah turun daripada tempat berpidato, mereka bertanya sesama sendiri dan akhirnya diketahui rahsianya. Dikatakan bahawa baju yang dipakai Khalifah baru saja dibasuh dan belum kering. Kerana ketiadaan baju lagi, maka baju itu dipakainya juga. Oleh itu beliau selalu mengerak-gerakkan bajunya ketika berpidato agar cepat kering. Ketika Khalifah Umar sakit, pakaian yang dipakainya telah kotor. Muslimah Abdul Aziz kakak Fatimah Abul Malik datang menemui adiknya dan melihat Khalifah yang sedang sakit. "Fatimah, basuhlah pakaian Khalifah itu. Sekejap lagi orang ramai akan masuk menemuinya", tegur Muslimah. "Demi Allah, beliau tidak punya pakaian lagi kecuali yang dipakai itu", jawab Fatimah. Seorang perempuan Mesir telah datang ke Damsyik kerana ingin bertemu dengan Amirul Mukminin Khalifah Umar Abdul Aziz. Dia bertanya-tanya di mana istana Khalifah dan orang ramai menunjukkannya. Sampai saja di rumah yang dimaksudkan, perempuan Mesir itu bertemu dengan seorang perempuan yang memakai pakaian yang sudah lusuh dan buruk dan seorang lelaki sedang bergelumang dengan tanah kerana memperbaiki rumahnya. Perempuan itu bertanya lagi dan apabila mengetahui bahawa perempuan yang ditanya adalah Fatimah isteri Khalifah, dia terkejut luar biasa. Kerena mana ada seorang permaisuri raja yang berkuasa memakai baju buruk seperti itu. Dia merasa takut dan kagum. Akan tetapi Fatimah pandai melayan, sehingga tetamu itu berasa suka dan tenang hatinya. "Mengapa puan tidak menutup diri daripada lelaki tukang bancuh pasir itu?" tanya perempuan Mesir itu. "Tukang bancuh pasir itulah Amirul Mukminin" jawab Fatimah sambil tersenyum. Sekali lagi tetamu itu terkejut dan beristighfar. Khalifah Umar tidak mempunyai pelayan kecuali seorang kanak-kanak lelaki. Dialah satu-satunya khadam dalam istana Umar. Fatimah memberinya makan kacang setiap hari sehingga si pelayan menjadi bosan. "Kacang..kacang...setiap hari kacang," kata si pelayan merungut. "Inilah makanan tuanmu Amirul Mukminin, wahai anakanda," kata Fatimah. Diceritakan bahawa seorang lelaki dan isterinya di Syam telah merelakan anaknya ikut berperang di jalan Allah dan menemu syahid di medang perang. Beberapa masa kemudian dia melihat seorang lelaki dengan menunggang kuda menuju kearahnya. Setelah diperhatikan, ternyata pemuda itu seiras anaknya yang telah meninggal dunia. "Hai, cuba kamu lihat pemuda yang berkuda itu, seperti anak kitakan?" kata lelaki itu kepada isterinya. "Semoga Allah merahmati engkau. Janganlah tertipu oleh syaitan. Anak kita sudah syahid, bagaimana boleh menunggang kuda seperti itu?" kata isterinya. Sementara suami isteri itu memperhatikan dengan betul, tiba-tiba pemuda menunggang kuda itu telah berada di hadapannya. "Assalamualaikum." kata penunggang kuda. "Waalikumsalam," jawab kedua-dua suami isteri itu. Ternyata dia memang anaknya, maka terkejutlah kedua-dua ibu bapa itu sambil segera memeluknya. Mereka gembira luar biasa bercampur hairan. "Ayah, ibu tetap saja di situ," kata pemuda itu menegur. "Saya bukan seperti ayah dan ibu lagi, demikian juga ayah dan ibu bukan seperti saya. Saya datang pun bukan untuk pulang kepada ayah dan ibu." Kedua-dua ibu bapa faham akan maksud anaknya, mereka pun bertenang. Kemudian anak itu menerangkan bahawa kedatangannya bukan sengaja. "Sebenarnya aku datang bukan untuk mengunjungi ayah dan ibu, tetapi hanya mengambil kesempatan saja dalam keperluan lain. Iaitu Amirul Mukminin Khalifah Umar Abdul Aziz telah wafat. Golongan syuhada minta izin kepada Allah untuk hadir dalam pengurusan janazahnya. Allah memperkenankan permintaan mereka dan saya termasuk di antaranya." Kemudian dia bertanya keadaan kedua ibu bapanya, menghormatinya dan menjanjikan kebaikan daripada Allah. Lepas itu dia mendoakan ibu bapanya memberi salam lalu pergi. Dengan itu penduduk kampung mengetahui bahawa khalifah mereka, Umar Abdul Aziz telah wafat.

hamba yang celaka

Syeikh Abdurrahman AI-Muhazzab bercerita pula: Sekali peristiwa ketika saya pergi untuk membeli-belah di pasar, saya melalui pasar hamba, dan saya terlihat di sana ada seorang saudagar yang sedang menawarkan seorang hamba, yang usianya masih keeil lagi, katanya berulang kali: 'Siapakah ingin membeli hamba yang banyak celanya ini?' Kemudian diulangi lagi kata-kata itu berkali-kali. Sudah tentulah tidak ada orang yang mahu membelinya. Saya lalu menghampiri saudagar itu seraya bertanya kepadanya: 'Apakah cela hamba ini?' Saudagar itu tidak menjawab, tetapi disuruhnya saya sendiri menanyakan hamba itu tentang keaibannya. Maka saya merenung wajah hamba itu, lalu bertanya kepadanya pula: 'Apa cela yang ada padamu itu?' 'Cela hamba sangat banyak,' jawab hamba itu. 'Akan tetapi saya sendiri tidak mengerti cela yang mana satu yang dimaksudkan oleh tuan pemilikku, sehingga dia memberiku gelaran sebagai hamba yang paling banyak celanya. Saya berpaling semula kepada pemilik hamba itu dan bertanya sekali lagi: 'Cela yang mana satu yang tuan maksudkan?' 'Mmm, hamba ini mengidap penyakit gila,' jawab saudagar itu. 'Penyakit gila?' Saya merenung wajah saudagar itu. Dalam hatiku mengatakan tidak mungkin. Orang gila tak akan begini jawabnya. 'Betulkah engkau mengidap penyakit gila?' tanyaku ingin tahu. 'Begitulah seperti kata tuan pemilikku,' dia menjawab penuh ragu dan tidak jelas. 'Kalau betul pun, pada saat apakah penyakit itu datang?' tanyaku lagi. 'Adakah setiap hari, atau setiap minggu, atau sebulan sekali? Tolonglah terangkan!' 'Tuan, bila penyakit itu menggusir di hati hamba, maka berjalanlah la ke seluruh anggota badanku, kemudian ke dalam jiwaku. Maka ketika itu akan berubahlah akalku, kemudian tanpa kurasakan lagi lisanku menyebut-nyebut nama yang paling kucinta'. Akhirnya penyakit itu membuat hatiku benar-benar terpancang kepadaNya. Sementara itu badanku tidak bergerak sedikit pun. Maka dengan sebab itulah, orang bodoh yang melihatku dalam keadaan demikian akan menuduhku 'orang gila', sedang aku sendiri tidak memahami rnengapa orang boleh mengatakan begitu, kerana mungkin dia tidak pernah mengalami apa yang pernah aku alami itu.' Mendengar apa yang dikatakan oleh hamba itu, teringat di dalam hatiku, bahawa dia termasuk di antara kekasih Allah. Orang 'bodoh' seperti yang diungkapkan hamba itu memang mementingkan kulit saja, tidak kenal isi. Saya Ialu mendekati pemiliknya dan bertanya: 'Berapakah harganya?' 'Dua ratus dirham,' jawabnya mahu tak mahu. 'Nah' ini dua ratus dirharn harganya,' sambil menghulurkan wang itu, 'dan ini dua puluh dirham lagi, aku tambah untukmu,' kataku lagi. Saya pun mengajak hamba itu pulang ke rumah. Tiba di rumah, saya menyuruhnya masuk, tetapi rnulanya ia enggan, seraya bertanya: 'Tuan tidak rnempunyai keluarga?!' dia bertanya kepadaku. 'Ada,' 'jawabku pendek. 'Maaf,' katanya, 'tidak boleh seseorang itu bertemu dengan selain keluarganya sendiri.' 'Tidak mengapa, aku benarkan kau masuk ke dalam, kataku lagi. 'Semoga Allah memelihara hamba dari segala dosa,' ujarnya. 'Tidak mengapalah, biar hamba duduk di luar saja. Sekiranya tuan memerlukan sesuatu, hamba bersedia untuk rnengerjakannya tanpa memasuki rumah.' Bagaimana hamba ini? Aku ingat di dalam hati. Kelihatannya dia terlalu warak dan menjaga selok-belok agamanya dengan baik. 'Baiklah, kalau begitu! jawabku kepadanya. Saya terus memasuki rumah untuk mengambil makanan dan minuman untuk memberikannya kepada hamba itu, tetapi ia menolaknya dengan alasan ia sedang berpuasa. Pada waktu malam, hamba itu berada sendirian di kamarnya di luar rumah. Saya lihat senyap sahaja tiada berbunyi. Maka pada tengah malam saya keluar untuk mengintipnya, dan saya dapati ia sedang bersholat dengan khusyuknya. Dia tidak sedar saya sedang mengintipnya. Selesai dari sholat ia terus sujud menangis serta berdoa. 'Ya Allah! Ya Tuhan hamba! Semua raja telah menutupi pintu rumahnya, namun pintu Tuan sajalah yang tetap terbuka luas bagi siapa yang ingin memintamu! 'Ya Tuhan! Bintang-bintang di langit semuanya berkelip-kelipan, mata-mata insan pula sedang tertutup kerana nyenyak dalam tidur, namun Dikaulah Zat yang sentiasa sedar selamanya, tidak pernah mengantuk atau tidur. 'Ya Allah! Kalau ada seorang sedang berkumpul dengan kekasihnya, maka Dikaulah kekasih bagi orang yang benar-benar mengenal cinta. 'Ya Allah! Kalau Tuan mengusir hamba, ke manakah hamba akan pergi. 'Ya Allah! jika Tuan menjauhkan hamba dari pintuMu, siapakah hamba akan mengetuk lagi? 'Ya Allah! jika Tuan akan menyiksa hamba, memang sepantasnyalah, sebab hamba tergolong orang-orang yang berdosa. Namun, Jika Tuan memberi maaf, memanglah Tuan adalah Maha Pemaaf dan Belas-kasih kepada semua hambaMu, kerana Dikaulah Maha Dermawan!' Sesudah itu, anak itu bangun dari sujudnya seraya menangis, lalu mengangkat kepalanya lagi dan berdoa: 'Ya llahi! KepadaMulah siapa yang dekat denganmu beramal. Dengan kurnia Tuan, selamatkanlah hamba-hambamu yang salih dari kebinasaan. Dengan rahmat Tuan, sedarkanlah hamba-hambamu yang tersesat supaya kembali ke jalan yang lurus. Wahal Zat yang Baik! Berilah hamba kemaafan, berilah hamba maghfirah dan keampunan, sesungguhnya Tuan adalah Zat Pemberi maaf terhadap segala kesalahan hambanya!' Mendengar doa hamba itu, tidak terbayangkan lagi keharuan di hatiku, lalu saya meninggalkan tempat itu, supaya tidak mengganggu kekusyukan hamba itu. Pagi-pagi saya datang untuk menemuinya dan bertanya sapa kepadanya. Saya memberi salam kepadanya seraya bertanya: Anakku! Bagaimana tidurmu semalam, tenangkah?' saya pura-pura tanya tidak tahu.
'Bolehkah tidur mata yang benar-benar takutkan api neraka?' tanya dia kembali kepadaku. 'Lagi,' kataku hendak mendengar seterusnya. 'Bolehkah tidur mata yang selalu mengingat perhitungan amal di Mahsyar nanti, serta membayangkan saat dan ketika dihadapkan kepada Tuhan yang Maha Kuasa?' hamba itu kemudian menangis terisak-isak. 'Anakku! Aku merdekakan dirimu semata-mata kerana Allah,' kataku kepadanya. Dia tidak menjawab, tetapi justeru dia semakin menangis. Tidak lama kemudian ia berkata pula: 'Tuan!' katanya kepadaku. 'Hamba dulu mendapat dua pahala, iaitu pahala beribadah dan pahala melayani tuan. Kini satu daripadanya sudah dibebaskan, tinggal satu lagi, iaitu beribadat kepada Tuhan.' 'Ya, saya faham maksudmu itu, sebab itu saya merdekakanmu,' kataku kepadanya lagi. 'Terima kasih, dan semoga Allah menyelamatkan tuan dari api neraka!' doanya untukku pula. Saya pun memberinya wang untuk keperluannya, dan membenarkan dia pergi, kerana dia sudah menjadi orang merdeka sekarang, Dia lalu mengucapkan setinggi terima kasih lagi kepadaku, tetapi wang yang kuberikannya itu ditolaknya sambil berkata: 'Tuhan yang memberiku rezeki sewaktu hamba di perut ibu, Dialah nanti yang akan menanggung rezeki hamba saat hamba berada di atas buminya ini!' Hamba itu kemudian pergi meninggalkanku, dan sesudah itu saya tidak pernah lagi bertemu dengannya. 'Ya Allah! Berilah hambamu ini taufiq dan hidayah, sebagaimana Dikau telah menganugerahkannya kepada para kekasih dan orang pilihanmu, Amin.

Wednesday, June 10, 2009

sesat dalam cinta dan rindu

Manusia secara fitrahnya memang tidak boleh dipisahkan dari memiliki sifat cinta, rindu, benci, marah, suka, dan seumpamanya. Dengan sifat-sifat ini jugalah yang menjadikan kita ini bernama manusia. Malah ditambah lagi dengan keistimewaan kemampuan berfikir. Tidak cukup dengan itu, diberi pula panduan dalam mengharungi setiap perjalanan kehidupan. Cukup istimewa kita ni...Berbalik kepada tajuk, iaitu di mana begitu ramainya manusia tenggelam dalam rindu, sesat dalam cinta tidak ketahuan.Janganlah kita menjadi seumpama kaum Nashara (kristian) yang disesatkan oleh Allah lantaran mengakui cintanya kepada Allah namun mengakui bahawa Tuhan itu “Three in One” malah mengakui bahawa Tuhan itu memiliki anak. Subahanallah, Maha Suci Allah dari semua itu dan Allah sendiri menyatakan bahawa Allah itu Maha Esa dan tidak mempunyai anak atau pun diperanakkan.Jangan pula kita menjadi seperti golongan yahudi yang dimurkai oleh Allah akibat cintanya yang berbolak balik kepada Allah. Dimurkai Allah juga kerana banyak berdalih.Malah Yahudi dan Nashara masing-masing mengakui bahawa Yahudi itu tidak benar cintanya kerana tiada berprinsip, begitu pula sebaliknya iaitu Yahudi juga mendakwa bahawa Nashara itu tiada mempunyai pegangan. Padahal, Allah sudah memberikan kepada mereka kitab yang bertujuan menjadi petunjuk buat mereka. Tetapi mereka berdua sama sahaja, tanpa rasa gementar mengubah pelbagai isi kitab-kitab mereka.Begitu jugalah kita, sungguh pelik kita apabila dipersoalkan perihal cintanya kita kepada Allah lalu dia meninggalkan sunnah Rasul-Nya. Iaitu dengan mengadakan sesuatu perkara yang lain dari yang diajarkan oleh beliau s.a.w. Mengadakan-adakan suatu kalam yang baru sebagai fakta akurat untuk menyokong kedudukannya yang mengaku cintakan Allah dengan berpandukan mimpi dan yaqazah sebagai sumber fakta selain al-Qur’an dan sunnah.Malah, kita mengakui mencintai Rasul bernama Muhammad, namun sungguh tidak kena dan pelik apabila kita menzahirkan cinta kita hanya setahun sekali dengan berpesta perarakan Maulidan dan bernyanyi lagu berzanji yang mengandungi kalimah-kalimah yang membahayakan aqidah yang murni. Malah tidak sekalipun para ilmuan hadis itu menyampaikan kepada kita akan adanya suatu riwayat yang menjelaskan bahawa Nabi kita mengajarkan perayaan dan pesta yang sepertinya itu. Tidak terfikirkah kita, bahawa apakah benar ia merupakan sunnahnya para manusia pendahalu kita dari kalangan pendamping terdekat Nabi s.a.w. sendiri dari kalangan para sahabat-sahabatnya. Tidakkah kita menyelami dan memperhatikan bagaimanakah halnya mereka mempersembahkan rasa cinta dan rindu kepada Nabinya?Sedangkan pengaku cinta Allah, seharusnya memperhatikan seruan ini:“Katakanlah (Muhammad): "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. " Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Ali Imran 3: 31)Begitulah juga kepada perihal dan persoalan setiap yang lainnya dari segala persoalan di muka bumi ini. Banyak lagi kisah-kisah sesat dalam cinta dan rindu.Seumpamanya sang pemuda yang mengakui cinta kepada seorang gadis perawan, lalu diluahkan dengan mengajaknya ke taman-taman bunga berpeleseran dan ajak beraksi dalam adegan cumbu. Tidak kurang juga yang terus sesat ke dalam bilik-bilik hotel dan rumah-rumah sewa kosong melainkan mereka berdua dengan ditemani makhluk ghaib yang juga telah mengakui sesatnya. Apakah begini munasabahnya citra seorang pemuda yang baik dan penuh tanggungjawab?Sedangkan telah termaktub dalam kalam Tuhannya bahawa kalau benar manusia itu jatuh cinta dan rasa kepada pasangannya dan rasa ingin kan memiliki pasangan dengan jalan yang benar, maka disuruhnya menikah dengan jalan yang sah.Ada sekumpulan manusia yang mangakui cinta Allah dan Rasul, melakukan aktiviti ritual dengan berzikir berjemaah yang menggunakan theory Quantum fizik. Gabungan paduan alunan zikir yang dilaungkan secara berjemaah mampu menghasilkan suatu bentuk gelombang bunyi sekaligus magnetik yang mempu menghasilkan cahaya lutsinar yang menghala ke langit lalu sampai kepada para malaikat dan seterusnya diterima oleh Allah. Sungguh lawak bila memikirkannya, tidak angka ada manusia yang cuba membuktikan sehingga ke tahap seperti itu. Sedangkan dalam kalam Allah hanya menyatakan bahawa jika sesuatu itu diperintahkan oleh Allah dan Rasul, maka “samigna wa ‘atho’na” iaitu kami dengar dan kami taat. Ini kerana akal manusia tidak sampai mampu mendahului ketentuan dan ketetapan yang Allah berikan. Malah theory karut ini sendiri sebenarnya tidak masuk akal sama sekali lantaran menyanggahi adab dan akhlak dalam berzikir malah seolah-olah Allah itu tidak mengetahui bahawa hambanya sedang buat apa.Sebagaimana diberitahukan bahawa fakta-fakta al-Qur’an itu mendahului zaman. Adapun ia diturunkan lebih 1400 tahun yang lampau, namun masih banyak persoalan yang tidak mampu dirungkai oleh manusia melainkan mengikutinya dengan iman. Salah satunya kerana segala fakta-faktanya tidak pernah walau sekalipun dibuktikan salah oleh seorang manusia jua. Malah kurun demi kurun hanya menampakkan betapa agung-nya ia. Suatu yang tidak pernah difikirkan tiba-tiba muncul di kurun yang berikutnya, manakala al-Qur’an telah awal-awal menyatakannya dari zaman sebelumnya, dangkalnya tidak kurang juga telah ramai yang kecundang lantaran kerana tidak mengimaninya. Apa gunanya untuk lagi meletakkkan rasa kasihan dan takziah kepada yang kecundang, kerana bukan tidak ia diperingatkan? Kepada Allah jualah mereka dikembalikan. ..Maka, marilah kita sentiasa memanjatkan doa, supaya diletakkan di atas jalan-Nya yang benar seperti jalannya golongan salafus soleh pendahulu kita yang dijanjikan syurga kekal abadi."Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; kerana sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (kurnia)." (Ali Imran 3: 8)Janganlah kita alpa lantas membiarkan diri kita dihanyutkan nafsu dan akal fikiran sendiri yang disangkanya maha cerdik. Padahal, hakikatnya kita sendiri harus tahu Dia itulah yang Maha bijaksana, yang mengatur Segala Urusan kita. Yang mana telah dipertunjukkan bermacam tanda dan “sign” dari segenap ufuk timur dan barat, malahan pada tubuh diri kita sendiri.“Aku wasiatkan kepada kalian agar selalu mendengar dan taat meskipun yang memimpin kalian adalah seorang budak hitam (Habsyi). Kerana sesungguhnya, siapa yang masih hidup (sepeninggalanku) nescaya akan melihat perselisihan yang banyak. Oleh kerana itu, hendaklah kalian berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah Khulafa’ur Rasyidin yang mendapat petunju. Gigitlah sunnah itu dengan gigi geraham. Jauhilah oleh kalian terhadap perkara yang baru, kerana setiap perkara yang diada-adakan (dalam agama) itu adalah sesat.” (Pesanan Rasulullah s.a.w., dari ‘Irbadh bin Sariyah; direkodkan dalam Sahih Sunan Abu Daud, no. 3851)Jangan lah kita jadi seumpama kisah si majnun yang mengaku mencintai laila, dan laila juga mencintainya, namun hakikatnya, Laila sedikit pun tidak pernah mengenali majnun.Wallahu a’lam...

Monday, June 8, 2009

peringatan bagi hamba yang lalai

Rasulullah bersabda maksudnya:" Ingatlah kepada Allah dalam masa senangmu, nescaya Dia akan mengingatimu dimasa susah"(Al-hadith)


Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:" Waktu yang paling dekat antara tuhan dengan hambanya ialah pada pertengahan malam, jika engkau mampu untuk menjadi orang yang berzikir kepada Allah pada ketika itu maka lakukanlah"(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Anas r.a. menceritakan:" Doa yang paling banyak diucapkan oleh Rasulullah s.a.w ialah, "Ya Allah, tuhan kami, berilah kami kebaikan didunia dan kebaikan diakhirat dan peliharalah kami dari siksa api neraka"(Riwayat Tsalatsah)

Daripada Abu Hamzah, Anas bin Malik r.a. khadam kepada Rasulullah s.a.w, bersabda Nabi s.a.w." Tidak sempurna iman seseorang kamu, sehinggalah ia mengasihi saudaranya seperti mana ia mengasihi dirinya sendiri"(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sabda Rasulullah s.a.w. dari Umar r.a. maksudnya;" Semua amal perbuatan itu adalah berpunca dari niat dan bagi setiap orang itu adalah menurut apa yang diniatkan"(Riwayat Bukhari)

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:" Dengki (hasad) itu dapat merosakkan segala kebaikan sebagaimana api dapat menghanguskan kayu-kayan"(Petikan Kitab Imam Ghazali)

Rasulullah s.a.w bersabda:" Aku belum pernah melihat sesuatu pemandangan yang lebih mengerikandan lebih menakutkan daripada pemandangan alam kubur"(Riwayat Tarmizi)

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:" Barangsiapa yang semakin bertambah ilmunya tetapi tidak bertambah hidayahnya, maka dia semakin jauh dari Allah"(Petikan kitab Imam Ghazali)

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:" Orang yang paling berbahagia di hari kiamat kelak kerana mendapat syafaatku ialah orang yang mengucapkan kalimah laa ilaaha illallah dengan ikhlas dari lubuk hatinya atau dari dalam jiwanya"(Riwayat Bukhari)


Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud:" Orang yang paling ku utamakan kelak ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku"(Riwayat Tarmizi dan Ibnu Hibban)

Tuesday, June 2, 2009

keindahan islam

apa itu keindahan islam?????
jom kita berkongsi tentang keindahan islam.....
adakah keindahan islam itu dapat digambarkan dengan kata-kata?
dengan tingkah laku?
akhlak?
ataupun dengan cara yang lain....................

ummmmmm cuba kite renung sejenak ape itu keindahan islam......
sebelum ini banyak kite dengar orang menyebut tentang keindahan tersebut..
tetapi kite tidak mengerti sebenarnya apakah keindahan yang dimaksudkannya itu?
keindahan islam sesuatu yang sukar digambarkan...
melainkan kite sendiri yang merasainya.

keindahan islam bukan sahaja sukar untuk digambarkan
malah sukar untuk merasainya melainkan seseorang itu betul-betul manghayatinya
sepenuh hati apa itu islam yang sebenarnya...............
dari kite lahir lagi kite dapat merasai keindahan islam itu wujud
iaitu apabila seseorang bayi islam dilahirkan terus sahaja diazankan ditelinga...
azan itu sendiri sebenarnya suatu keindahan yang besar dalam islam...

cuba kita hayati betul-betul azan yang kite dengar dan faham maknanya
insyaallah kite akan mendapat satu keindahan islam darinya.....
dengan azanlah kite dapat mendengar lafaz syahadah setiap masa dari pagi sampai malam.
bagi diri kita sendiri, kite tak akan mengucapkan syahadah pada waktu yang kite ada...

kite banyak suke berbual kosong melebihkan perkataan yang tidak mendatangkan faedah dari perkataan yang baik seperti syahadah tasbih tahmid dan zikir sedangkan kite tidak mengetahui pun adakah diri kite ini akan terus hidup pada setiap saat yang akan datang...
tetapi dengan adanya azan yang kedengaran insyaallah kite akan menyebut lafaz syahada tersebut samaada secara sedar atau tak sedar....
disitulah kita mendapat keindahan islam yang diberikan oleh allah dalam hidup kita sebenarnya...........

keindahan islam yang sebenarnya wujud apabila kite betul-betul beriman kepada allah..
kite sendiri tahu dalam islam beriman kepada allah merupakan perkara utama kepada seseorang yang bergelar islam...
adakah beriman kepada allah itu mudah seperti kite melakukan urusan dunia?????????????
sedar atau tidak kite nilailah diri kite sendiri....
jikalau kite merasai mudah untuk beriman kepada allah,alhmdulillah suatu rahmat dari allah untuk diri kite.......

kebiasaan yang umumnya tidak ada seorang pun dikalangan hamba allah dimuka bumi ini diberi kemudahan untuk beriman kepada allah...
bagi seseorang hamba yang betul-betul mahu menjadi hamba yang beiman dan merasai keindahan islam mestilah tidak dapat lari dari godaan syaitan, nafsu dan godaan dunia yang selalui menghantuinya......

duhai diri

aduhai diri.......
sedarkah engkau bahawa betapanya mulianya diri ini diciptakan oleh Allah???
kite sebagai manusia dimuka bumi ini adalah semulia-mulia ciptaan dariNYA...
tetapi adakah kite mensyukuri kemulian yang diberikan oleh Allah kepada diri kita untuk beriman kepadaNYA??
yang pasti jarang sekali dikalangan kite mensyukuri diatas kemuliaanNYA itu...

kite tidak sedar bahawa dari lahir lagi diri kite telah dimuliakan dengan laugan azan yang berkumandang ditelinga kite yang mengandungi lafaz yang paling mulia disisi Allah...
lafaz yang akan kite dengar dari lahir sampai kite mati...
tetapi adakah didetik kematian kite mampu melafazkannya?
jom kite renung sejenak diri kite sendiri, adakah diri kite mampu untuk melafazkannya..
fikir-fikirkanlah.....

duhai diri...
kenapakah kebanyakan manusia lebih menjadikan dirinya hina dari terus mendapat kemuliaan dariNYA? sedar tak sedar yang pasti kite berada dalam kejahilan yang moden yang amat sukar untuk kite mencari kemulian itu....
cuba kite renung sejenak memikirkan kehidupan dunia sekarang yang jelas menunjukkan kepada kite bertapa hinanya diri kite sebagai insan yang hidup didunia ini...
kemaksiatan yang berlaku setiap masa hingga begitu sukar untuk kite mengelak darinya..
adakah kemaksiatan yang berlaku atas dunia ini adalah disebabkan oleh peredaran dunia yang menuju kepengakhirannya??

aduhai diri..........
apa yang pasti dunia kite kian berputar menuju kepada pengciptaannya........
dunia ini hidup sama seperti kita, suatu masa dia akan pergi jua....
setiap yang berada didunia ini yang diciptakanNYA akan menuju kepadanNYA suatu masa jua.... mereka yang diciptakan olehNYA selain manusia akan mendapat keamanan dialam sana, tetapi adakah manusia akan mendapat keamanan yang sama seperti ciptaanNYA yang lain?yang jelas kite manusia perlu menjawab setiap tingkah laku yang dilakukan....

duhai diri....
adakah tingkah laku yang kite lakukan itu membawa kepada kemuliaan atas diri kite?
atau membawa kecelakaan kepada kite???
fikirlah sendiri.......................................................