Monday, July 26, 2010

Syair cinta mengasyikkan terhadap allah dari Rabi'ah al-Adawiyyah..

Ku jadikan kau teman percakapan hatiku
Biarpun tubuhku sedang bercakap dengan manusia
Jasadku biar bercengkerama dengan manusia
Namun isi hatiku tetap terpacak pada Mu

Wahai Tuhanku, tenggelamkanlah aku dalam mencintaiMu sehingga tidak ada yang menyibukkan ku selain dari Mu. Ya Tuhanku, bintang dilangit telah mengerlapan, mata telah berketiduran, pintu-pintu istana telah dikunci, tiap pencinta telah menyendiri dengan yang dicintai, dan inilah aku berada di hadrat-Mu.

Tuhanku, malam telah berlalu dan siang telah menampakkan diri. aku gelisah apakah amalanku Engkau terima sehingga aku merasa bahagia, ataukah Engkau tolak sehingga aku merasa bersedih. Demi kemahakuasaanMu, inilah yang akan ku lakukan Engkau memberi hayat, Andai aku Engkau usir dari depan pintu Mu, tidak akan aku pergi, kerana cintaku kepadaMu telah memenuhi hatiku.

Tuhanku, akan kau bakarkah qalbu yang mencintaiMu dengan api neraka? tibatiba terdengar suara, " kami tidak akan melakukannya itu. janganlah engkau berburuk sangka pada kami."

Tuhanku, apa sahaja yang hendak Engkau kurniakan kepadaku berhubung dengan dunia, maka berikanlah kepada musuhku. apa sahaja kebaikan yang hendak engkau kurniakan kepadaku berhubung dengan akhirat, maka berikanlah kepada orang-orang yang beriman kerana aku hanya inginkan pandangan Engkau sahaja padaku.

Tuhanku, sekiranya aku menyembah Mu kerana takutkan Neraka Mu, maka bakarlah aku dengan api neraka jahanam. Sekiranya aku menyembah Mu kerana inginkan Syurga Mu, maka haramkanlah ia dariku, Tetapi sekiranya aku menyembah Mu kerana Zat Mu, maka janganlah Engkau haramkan aku dari memandang (menghayati) keindahan Mu yang azali.

Wahai kekasih hatiku, hanya Engkaulah yang ku kasihi. berikanlah keampunanMu pada pembuat dosa yang datang kehadratMu. Engkaulah Harapan, kebahagiaan dan kesenanganku. Hatiku telah enggan mencintai selain diri Mu.

Aku mencintaiMu dalam dua kecintaan, cinta nafsu dan cinta kerana Engkau adalah yang selayaknya. adapun cinta nafsu menenggelamkan diriku dengan selalu memgingatiMu sehingga lupa yang lain. Dan adapun cinta kerana Engkau adalah ahli yang selayaknya, maka bukakanlah hijab bagi diri Mu hingga aku dapat melihat Mu, bukanlah pujian itu untuk diriku bahkan segala pujian untuk Mu semuanya pada cinta pertama dan kedua.

Friday, April 2, 2010

dakwah....

salam perjuangan buat semua yang mengenali...insyaAllah sama-sama kita berbincang, berkongsi sedikit ilmu tentang dakwah..kita semua telah maklum bahawa dakwah merupakan suatu yang amat penting dalam pembangunan tamadun islam yang berjaya...adakah kita lupa bahawa islam pernah menguasai 2/3 dunia suatu masa dulu..semua itu berpunca dari dakwah yang tersebar seperti tiupan angin..begitu hebat sekali golongan pendakwah kita yang berjuang dengan dakwahnya sehingga mampu mencapai tahap kegemilangan yang diimpikan...
namun hari ini, dikehidupan alaf kemajuan kemodenan masyarakat islam menjadi mundur sehingga dianggap sebagai penganas bahkan macam-macam lagi yang timbul berkaitan dengan islam.
adakah kita lupa kepada pejuang islam yang terdahulu dalam menyebarkan islam sangggup memperjuangkan sehingga islam itu betul-betul berada dikemuncaknya. kenapa kita sekarang tidak mampu seperti apa yang mereka lakukan dulu??

kepada pendakwah-pendakwah generasi baru marilah sama-sama kita memperkasakan ilmu dakwah sedalam-dalamnya demi memartabatkan islam..sama berdakwah memgunakan kepakaran yang ada dengan sebaik-baiknya..insyaAllah dengan kesungguhan dan istiqamah insyaAllah islam itu pasti berada dikemuncaknya..

Wednesday, March 31, 2010

assalamualaikum...
alhamdulillah, setelah sekian lama menyepi masih diberi kekuatan dan kesempatan oleh allah s.w.t untuk menulis sekadar yang mampu sekadar memperingatkan diri dari terus kepada kelalaian...

sedikit perkongsian apa yang kita ketahui begitu banyak sekali maksiat kelupaan kepada allah yang berlaku diakhir-akhir zaman ini..begitu mudah sekali kita terpedaya dengan godaan dan pengaruh-pengaruh yang cuba menyesatkan kita..isu yang sedang diperhangatkan sekarang iaitu tentang pembuangan bayi tanpa rasa bersalah, tanpa rasa malu segan.. sedarkah kita anak-anak yang dilahirkan itu semuanya datang dari Allah, sesungguhnya Allah telah menjadikan anak-anak itu suatu aset yang sangat berhargai yang mana suatu masa akan menentukan naik turunnya agama dan bangsa.. namun sekarang ini anak-anak yang dilahirkan ibarat seperti barang buangan, tanpa memikirkan kesan akibat dan nilai kepada masyarakat,
begitu rendah sekali nilai dan moral yang dapat kita nilai akhir-akhir ini.. tidakkah kita terfikir semua ini suatu masa akan mendatangkan keburukan kepada lebih-lebih lagi mendatangkan laknak dari Allah s.w.t..sesngguhnya laknak Allah tidak turun kepada mareka yang tidak bertanggungjawab bahkan kepada semua hamba-hamba dibumi ini beriman mahu pun tidak beriman..
untuk pertamanya marilah kita sama-sama mohon kepada Allah supaya memberi kekuatan kepaa kita untuk menghadapi semua dugaan ini..sama-samalah kita saling ingat mengingati kepada kebaikan,saling tegur menegur satu sama lain jadikan apa yang berlaku sebagai suatu cubaaan dan dugaan dari Allah..sama-samalah kita memainkan peranan dalam masyarakat demi menwujudkan sebuah masyarakat yang beriman kepada Allah S.w.t.