Wednesday, October 14, 2009

mengingati mati....(petikan akhbar 15.10.09)

SEMUA makhluk ciptaan Allah SWT tidak akan kekal selama-lamanya. Apabila tiba masanya, semuanya akan mati yang menandakan berakhirnya sebuah riwayat kehidupan, hanya Allah SWT yang akan kekal abadi selamanya. Firman Allah SWT, "Di mana juga kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (apabila sampai ajal) sekalipun kamu berada di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh" (An-Nisa': 78) Biarpun pelbagai usaha dibuat terutama oleh mereka yang mempunyai kemudahan kewangan untuk mengelakkan bertemu dengan kematian, semua usaha tidak akan ke mana. Sebenarnya kita hanya menunggu giliran untuk dicabut nyawa oleh malaikat suruhan Allah SWT.

Persoalannya bila, di mana dan bagaimana. Ulama membahagikan kematian itu kepada dua, iaitu mati kecil iaitu tidur dan mati besar iaitu mati yang sebenarnya. Islam amat menggalakkan umatnya agar sentiasa mengingati mati. Dengan mengingati kematian, sudah pasti setiap kita akan lebih bersiap sedia untuk menempuhinya. Bersedia dalam erti kata melengkapkan roh dan jasad dengan amalan dan ibadat yang banyak.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Muslim, Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya sebelum ini aku telah melarang kamu daripada menziarahi kubur dan sekarang ziarahilah. Sesungguhnya dengan menziarahi kubur akan mengingatkan kamu kepada alam akhirat." Ibadat sembahyang ada hubung kaitnya dengan ingatan kepada kematian. Setiap kali menunaikan ibadat solat, sekurang-kurang dua kali kita menyebut 'Yaumuddin' yang pastinya mengingatkan kita kepada Hari Kiamat, sebuah alam abadi yang bakal dihuni apabila tamatnya riwayat hidup alam fana ini.

Begitu juga sewaktu ketika dibaca doa Iftitah, kita menyebut kalimah 'wamamati'. Ia turut menginsafkan seseorang yang mendirikan solat agar sentiasa mengingati akan kematian. Dari sudut prinsip, kematian adalah suatu hala tuju kehidupan seseorang insan untuk menghargai tubuh badan dan roh yang dikurnia Allah SWT. Dengan rasa penuh tanggungjawab dan iltizam dalam diri, kematian akan membangkitkan kesedaran dan keinsafan untuk seseorang lebih hampir ke sisi Tuhan.

Wujud salah faham di kalangan umat Islam hari ini yang selalunya beranggapan bahawa orang yang lebih lanjut usia, lazimnya akan pergi terlebih dulu untuk menghadap Allah SWT. Salah faham begini bukan saja menafikan keadilan Allah, malah boleh membawa diri seseorang itu untuk berpaling daripada tuntutan agama yang sebenar. Ramai di kalangan manusia yang lebih muda usianya lebih leka dan alpa dengan kenikmatan dunia yang sementara kerana beranggapan kemanisan hidup di dunia perlulah dikecapi dengan sepenuh-penuhnya, sebelum tibanya hari tua untuk melengkapkan diri dengan beramal ibadat, sebelum kematian menjengah.

Dalam satu lagi hadis Rasulullah yang diriwayatkan Bukhari dan Muslim, Baginda bersabda, "Sebaik-baik manusia adalah mereka yang semakin lanjut usianya semakin baik amal perbuatannya. Sejahat-jahat manusia adalah mereka yang dilanjutkan usianya, tetapi semakin buruk pula amal perbuatannya." Ibnu Umar pernah berkata, "Jika anda masih hidup pada waktu pagi, jangan tunggu hingga ke petang dan jika anda masih hidup pada waktu petang, jangan tunggu hingga ke pagi, sediakan dirimu pada masa hidup untuk bekalan waktu mati, dan pada masa sihat untuk bekalan waktu sakit.

Justeru, wasiat Nabi di atas sentiasa mengingatkan kita betapa kita bagaikan musafir yang sedang berlalu sementara di dunia ini, maka apakah persiapan bekalan yang telah kita buat bagi menghadapi Allah SWT pada hari yang penuh dengan persoalan di padang Mahsyar? Kita tidak akan hidup kekal dan lama di dunia, oleh itu, jangan sekali-kali kita melakukan kejahatan. Jika kejahatan yang dilakukan boleh menyebabkan kita tidak mati, maka lakukanlah tetapi kejahatan yang kita buat ketika hidup di dunia, semuanya akan ditayangkan semula di hadapan Allah SWT. Walaupun kita melupakannya, tetapi Allah SWT sekali-kali tidak demikian.

Diceritakan bahawa Lukman Hakim mempunyai seorang anak lelaki yang cukup degil. Beliau terpaksa menempuh kesukaran dan kepahitan hidup untuk mendidik anaknya yang keras hati itu. Banyak usaha dan cara dilakukan untuk mengubah keadaan anaknya itu, tetapi semuanya gagal. Sehinggalah pada suatu ketika Lukman membawa anaknya itu menziarahi kubur setiap kali ada kematian. Lalu, tidak lama kemudian, anaknya itu mula insaf dan sedar akan hakikat sebuah kehidupan yang akan diakhiri dengan kematian.

Monday, October 12, 2009

salam ziarah...


alhamdulillah masih diberi sedikit waktu untuk sedikit renungan buat diri ini...moga memberi manfaat buat diri ini dan rakan-rakan, satu persoalan yang timbul dalam diri ini,;MENGAPAKAH ALLAH JADIKAN REZEKI KITA TIDAK SAMA?sedangkan kita semua adalah makluk Allah yang sama-sama tinggal dimuka bumi ini...kalau kita tengok dibumi ini terdapat banyak negara yang begitu miskin sehinggakan ramai sekali hambanya mati kerana kebuluran,adakah kerana Allah itu tidak adil sehinggakan mereka menderita sebegitu rupa?jawapannya tidak sama sekali kerana Allah itu maha adil maha mengetahui terhadap hambanya..jawapan bagi persoalan berikut dapat kita simpulkan ialah rezeki itu merupakan suatu ujian dari Allah, bagi hamba-hamba yang menderita kerana kekurangan adalah suatu ujian untuk menguji tahap keimanan dan juga usahanya dalam mencari keperluan hidup. hamba-hamba yang menderita ini sentiasa memohon dan merayu supaya diperbaiki hidup ini sedangkan Allah amat menyukai hambanya yang selalu merayu memohon padanya setiap masa kerana dengan itu hambanya sentiasa mengingatiNYa setiap detik..kemiskinan mengajar hamba-hambanya supaya lebih berusaha memperbaiki diri dengan cara yang betul dan diredai. kita selalu berdoa kepada Allah supaya dimurahkan rezeki namun rezeki kita tetap sama, adakah kerana doa-doa kita tidak diterima? sebenarnya Allah bukan tidak menerima tetapi Allah menangguhkan dulu doa-doa kita kerana kita masih belum bersedia,kita diibarat budak kecil ang berumur 5 tahun memohon duit rm500 dengan ayah kita,adakah ayah kita akan bagi? yang pasti ayah kita tidak akan memberinya kerana dia tahu tidak mampu menguruskannya..andainya kita berumur 20 tahun dan minta duit rm500 dengan ayah, adakah dia akan bagi?disini kemungkinan ayah kita akan bagi kerana dia mengetahui bahawa kita mampu menguruskannya dengan baik..samalah juga dengan Allah, bukannya tidak mahu memberikan rezeki pada kita tetapi Allah maha mengetahui akan hambanya, andainya diberi rezeki yang banyak adakah kita akan bersyukur dan mengingatinya sepenuh masa??? bersambung..... sebarang komen untuk penambahbaikan dialu-alukan..

Tuesday, October 6, 2009

salam perkongsian


alhmdulillah dapat lagi menulis sedikit coretan untuk tatapan bersama...saya ada membaca akbar 2-3 hari lepas dalam akhbar tersebut menyebut satu berita yang mengejutkan kita apabila 3 orang penggali kubur yang sedang menggali liang lahad menemui mayat yang berusia dalam 30 tahun masih dalam keadaan suci tanpa sedikit pun dimamah oleh tanah.mayat tersebut dikatakan bersih seperti mayat baru dikafankan,namun apa yang pasti mayat tersebut telah lama meninggal dan dikafankan..tidakkah kita berfikir adakah penemuan itu suatu kebetulan?ataupun untuk menunjukkan kepada kita realiti kehidupan alam barzakh?apa yang pasti ia benar-benar berlaku. sebelum ini telah ada cerita-cerita sebegini telah didengari... namun adakah kita pernah berfikir tentang kejadian tersebut? atau hanya sekadar mendengar dan membaca sahaja tanpa memikirkannya? sebagai hamba Allah kita harus memikirkan perkara sebegini.ia bukannya secara kebetulan tetapi dengan izin Allah telah menujukkan kepada kita untuk kita sama-sama berfikir tentang kejadian yang membuktikan kekuasaan Allah S.W.T.disini menunjukkan hanya mayat tertentu sahaja yang tidak akan dimamah oleh bumi dengan sebab tertentu yang telah dijelaskan oleh rasulullah dalam hadisnya tentang mayat yang tidak akan dimakan oleh bumi sampai keakhirat.suatu masa nanti jasad kita ini akan menuju kealam barzakh tetapi adakah mayat kita ini termasuk dalam golongan yang telah disebut oleh rasulullah itu? kesimpulan disini sama-samalah kita berfikir untuk membaiki diri kearah kebaikan diri dan iman kita bukan sahaja didunia bahkan dialam kubur serta alam akhirat yang bakal kita semua tempuhi.

Sunday, October 4, 2009

sedikit perkongsian

salam sejahtera..
alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah kerana diberi kekuatan untuk berkongsi sedikit ilmu yang mana dapat mengingatkan kita kepada nikmat-nikmat kurniaan Allah s.w.t kepada kita selaku hambanya dimuka bumi ini..diambil sepotong hadis daripada rasul s.a.w menyebut:"terdapat dua nikmat yang disia-siakan kedua-duanya oleh kebanyakan manusia iaitu kesihatan dan masa lapang". apa yang dapat kita ambil dari hadis ini ialah kenikmatan yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t yang begitu besar kepada kita selaku penghuni dunia ini yang tidak dapat dihitung atau dibeli dengan wang ringgit melainkan dengan keizinan Allah s.w.t. nikmat kesihatan dan masa lapang yang diberikan oleh Allah s.w.t ini mestilah kita manfaatkan dengan sebaik-baiknya untuk diri kita mendekatkan diri kepadaNya... kesimpulannya,sama-samalah kita menjaga kesihatan yang dianugerahkan ini sebaiknya untuk terus meningkatkan keimanan dalam mencari keredaan Allah s.w.t..begitu juga dengan masa lapang yang ada sama-samalah manfaatkan masa yang ada dengan benda-benda yang berfaedah dan mendatangkan kebaikkan untuk diri dan agama.wslm.

Tuesday, September 29, 2009

Friday, September 11, 2009

salam ramadhan

salam ramadhan dan selamat hari raya diucapkan kepada semua kenalan maaf zahir dan batin dipohon semoga kita semua tergolong dalam golongan hamba yang diredai...apa yang pasti hari ini telah 21 ramadhan semakin lama semakin hampir dengan penghujungnya....begitu cepat sekali masa berlalu tanpa disedari kehadiran bulan ramadhan yang ditunggu-tunggu hampir meninggalkan kita...

tapi apakah tahap iman kita semakin bertambah dipengakiran ramadhan ini?? moga sama-sama kita renung dan menginsafi diri dengan penuh kesunguhan sama-sama kita manfaatkan baki ramadhan yang ada ini dengan meningkatkan keimanan kepada allah s.w.t dengan keimanan yang mantap. insyaAllah.....

apa yang penting sekali sama-sama kita sentiasa merenung akan kelemahan yang ada kerana kelamahan itulah punca kegagalan yang membawa kemusnahan iman... sama-sama kita manfaatkan ramadhan ini..jadikan ia bulan yang membawa kepada kemenangan kepada orang-orang kita serta orang-orang yang beriman didunia ini... doa-doakanlah untuk diri yang hina ini moga dibukakan pintu hati ini menerima hidayah allah dengan tenang dan dianugerahkan malam lailatulqadar insyaallah...wassalam..

Wednesday, September 2, 2009

salam ramadhan

assalamualaikum dan salam ramadhan......

selamat menyambut bulan ramadhaN semoga dengan kehadirannya mampu mengubah diri kita menjadi lebih baik lagi InsyaAllah.....moga sama-sama kita beroleh rahmat dan maqfirah dari Allah S.W.T....

kehadiran ramadhan amat dinanti-nantikan oleh diri ini namun dengan kehadirannya diri ini masih belum lagi mampu berubah menjadi seorang yang beriman....semakin lama semakin dekat ramadhan hampir meninggalkan pergi...hari ini sudah genap 14 ramadhan hanya tinggal beberapa minggu aje lagi ramadhan bakal pergi.....

walaupun sudah setenggah bulan kehadiran ramadhan aku dapat merasai akan kelemahan diri selama ini masih belum dapat diperbaiki lagi.....begitu berat untukku merubah diri ini untuk mendekatkan diri pada Allah, begitu sukar untukku mengunakan ramadhan ini untuk merubah diri ini...Ya Allah bantulah hambamu ini berikanlah kekuatan untuk terus menjadi hambamu yang beriman dan sentiasa patuh pada perintahMu ya Allah...

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim....berilah keberkatanMu tehadap hambamu yang hina ini....
jadikanlah Ya Allah diri ini hamba yang dekat denganmu yang sentiasa dibawah Rahmat dan Kasih Sayangmu....janganlah Ya Allah engkau melaknati diri ini disebabkan oleh dosa-dosa yang lalu....sesungguhnya Ya Allah diri ini hanyalah insan yang lemah yang sentiasa megharapkan keampunan dariMu...