Assalamualaikum w.b.t...
Sekian lama menyepi hampir 7 tahun... tanpa disedari usia hampir mencecah 40 tahun...
Takdir dan Kehidupan...
Sebagai hamba kita perlu menerima hakikat bahawa kehidupan kita tidak boleh lari dari ketentuan takdir... Sebagai seorang islam Kepercayaan Kepada Qada' dan Qadar merupakan pegangan yang mesti dimani. Setiap perjalanan seorang hamba setiap detik dan saat akan diikuti oleh takdir seperti bayang-bayang... sebagai hamba kita perlu belajar untuk menerima takdir dengan redha dan pasrah... Takdir dan Kehidupan Ibarat "Hati & Jantung", "Layang-Layang & Talinya"... mana mungkin hati mampu berdetik tanpa jantung yang sentiasa berdegup, begitu juga layang-layang mana mampu terbang dengan sempurna tanpa tali yang mengikatnya.... begitulah ikatan yang dapat digambarkan antara takdir dan kehidupan...
Setiap Takdir yang berlaku atas kehidupan kita pastinya terkandung 1001 hikmah yang hanya diketahui olehNYA... Setiap Makluk yang bergelar manusia pasti akan diuji dengan takdir, sama ada takdir yang baik ataupun buruk....
Ya Allah berilah kekuatan kepadaku Dalam melayari takdir dengan rahmat dan kasih sayangMU. Diri ini sentiasa berusaha menghiburkan hati dengan tekad takdir yang baik beserta hikmahnya mengiringi setiap perjalanan hidup ini... Moga-moga dengan Takdir yang berlaku dalam liku kehidupan ini mendekatkan lagi diri ini sebagai hamba dengan sang Pencipta Allah S.W.T.. Hanya engkau Ya Allah Sebaik-baik tempatku mengadu dan memohon...
Ya Allah bimbinglah hati ini untuk sentiasa bersangka baik dengan takdirMU dalam menempuh kehidupan ini...
Ya allah betapa dahsyat dan peritnya takdir yang menimpa bimbinglah hati ini untuk sentiasa dalam landasan Redha dan Pasrah selagi Nyawa bercantum dengan Jasad...
Ya Allah jadikanlah diri ini sentiasa dalam redha dan pandangan RahmatMu.