Monday, July 26, 2010

Syair cinta mengasyikkan terhadap allah dari Rabi'ah al-Adawiyyah..

Ku jadikan kau teman percakapan hatiku
Biarpun tubuhku sedang bercakap dengan manusia
Jasadku biar bercengkerama dengan manusia
Namun isi hatiku tetap terpacak pada Mu

Wahai Tuhanku, tenggelamkanlah aku dalam mencintaiMu sehingga tidak ada yang menyibukkan ku selain dari Mu. Ya Tuhanku, bintang dilangit telah mengerlapan, mata telah berketiduran, pintu-pintu istana telah dikunci, tiap pencinta telah menyendiri dengan yang dicintai, dan inilah aku berada di hadrat-Mu.

Tuhanku, malam telah berlalu dan siang telah menampakkan diri. aku gelisah apakah amalanku Engkau terima sehingga aku merasa bahagia, ataukah Engkau tolak sehingga aku merasa bersedih. Demi kemahakuasaanMu, inilah yang akan ku lakukan Engkau memberi hayat, Andai aku Engkau usir dari depan pintu Mu, tidak akan aku pergi, kerana cintaku kepadaMu telah memenuhi hatiku.

Tuhanku, akan kau bakarkah qalbu yang mencintaiMu dengan api neraka? tibatiba terdengar suara, " kami tidak akan melakukannya itu. janganlah engkau berburuk sangka pada kami."

Tuhanku, apa sahaja yang hendak Engkau kurniakan kepadaku berhubung dengan dunia, maka berikanlah kepada musuhku. apa sahaja kebaikan yang hendak engkau kurniakan kepadaku berhubung dengan akhirat, maka berikanlah kepada orang-orang yang beriman kerana aku hanya inginkan pandangan Engkau sahaja padaku.

Tuhanku, sekiranya aku menyembah Mu kerana takutkan Neraka Mu, maka bakarlah aku dengan api neraka jahanam. Sekiranya aku menyembah Mu kerana inginkan Syurga Mu, maka haramkanlah ia dariku, Tetapi sekiranya aku menyembah Mu kerana Zat Mu, maka janganlah Engkau haramkan aku dari memandang (menghayati) keindahan Mu yang azali.

Wahai kekasih hatiku, hanya Engkaulah yang ku kasihi. berikanlah keampunanMu pada pembuat dosa yang datang kehadratMu. Engkaulah Harapan, kebahagiaan dan kesenanganku. Hatiku telah enggan mencintai selain diri Mu.

Aku mencintaiMu dalam dua kecintaan, cinta nafsu dan cinta kerana Engkau adalah yang selayaknya. adapun cinta nafsu menenggelamkan diriku dengan selalu memgingatiMu sehingga lupa yang lain. Dan adapun cinta kerana Engkau adalah ahli yang selayaknya, maka bukakanlah hijab bagi diri Mu hingga aku dapat melihat Mu, bukanlah pujian itu untuk diriku bahkan segala pujian untuk Mu semuanya pada cinta pertama dan kedua.

2 comments:

  1. Replies
    1. Assalamualaikum ... indahnya stiap kata-kata yg di ungkapkan .... msti org yg berdakwah ni sgt berilmu, saya nak mintak izin copy, supaya tak di tuntut di akhirat kelak ... harap di izin kan ...

      Delete