Thursday, July 9, 2009

jihad

Jihad itu bermaksud berusaha habis-habisan untuk mendapatkan keredhaan Allah. Kata qil: "Jihad itu pada hakikatnya ialah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menghasilkan sesuatu yang diredhai Allah dari keimanan dan amal soleh dan menolak sesuatu yang dimurkai Allah dari kekufuran, kefasikan dan kedurhakan."
Secara ringkasnya jihad itu melingkupi mengajak dan mengadakan kebaikan serta menjauhi kemungkaran dengan bersungguh-sungguh terhadap diri sendiri dan masyarakat. Jihad seharusnya dipraktikkan dalam segenap kehidupan seorang muslim dan ianya dapat dibahagikan kepada aspek-aspek berikut:
1. Jihad menentang hawa nafsu"Beruntunglah orang yang menyucikan jiwanya dan rugilah orang yang mengotorinya."(As-Syam: 10)
2. Jihad menentang hasutan syaitan"Syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia sebagai musuh." (Al-Fatir: 6)
3. Jihad terhadap kafirun dan munafikun"Hai Nabi, berjihadlah kamu melawan orang-orang munafik dan kafir itu dan bersikap keraslah terhadap mereka." (At-Taubah: 73)
4. Jihad terhadap pemimpin yang zalim"Sesungguhnya jihad yang terbesar ialah mengatakan kebenaran di hadapan pemerintah yang zalim." (HR Abu Daud)
Daripada Muaz bin Jabal, Nabi s.a.w. bersabda maksudnya, "Kamu akan tetap di jalan yang benar dari Tuhanmu selama mana tidak timbul dikalangan kamu dua perkara iaitu kejahilan dan takutkan mati. Kamu akan terus menyuruh al-ma'ruf dan melarang al-munkar serta berjihad di jalan Allah. Tetapi apabila timbul perasaan sayang dan kasihkan dunia pada kamu maka kamu tidak lagi menyuruh kepada al-ma'ruf, menegah al-munkar dan berjihad di jalan Allah. Pada ketika itu, sesiapa yang memperkatakan al-Kitab (Qur'an) dan as-Sunnah maka kedudukan mereka itu sama seperti generasi pertama Islam dari golongan Muhajirun dan Ansar." (HR al-Bazzar.)

Jihad...........

Jihad dari semenjak zaman Nabi s.a.w. dilakukan oleh setiap golongan dalam lapisan msayarakat samaada tentera regular, 'ulama, umara ataupun rakyat biasa. Perhatikanlah bait2 syair Imam Abdullah ibn al-Mubarak (muhaddis, faqih, mujahid, penyair, murid imam Abu Hanifah dan guru Imam al-Bukhari) kepada Fudhayl bin Iyad at-Tamimi (seorang abid dan syeikh di Makkah, murid imam Syafii):
Ya 'abid al-Haramayni, law absartana,La 'alimta annaka bil 'ibadati tal'abu,Man yakhdubu khaddahu bi dumu'ihi,Fa nuhuruna bil dima'i tatakhaddabu.
Wahai abid dua Tanah Haram, jika kamu melihat kami,Akan kamu dapati bahawa ibadat kamu hanya main2 dan sia2,Wahai yang pipinya mengalir airmata taqwa,(sesungguhnya) Dada kami menangiskan airmata darah.
Ketahuilah bahawa jihad yang sebenar tidak dapat dilakukan kecuali oleh orang yang dapat membebaskan dirinya dari mencintai dunia dan berilmu mengenai agamanya.

No comments:

Post a Comment