Tuesday, September 10, 2024

AKU HARUS KUAT...

Andai setiap kisah hidup kita selalu indah, maka hati kita tidak akan pernah kenal dengan sabar dan ikhlas...

Andai setiap doa kita dikabulkan, maka kita tidak akan pernah tahu indahnya mendekati Allah bersama jutaan doa dan harapan...

Andai semua yang kita harapkan berlaku seperti yang dirancang, maka kita tidak akan pernah belajar bahawa kecewa dan gagal itu sebenarnya kekuatan...



Tuesday, August 20, 2024

BELAJAR UNTUK REDHA....

hidup dengan penuh cubaan dan ujian... begitulah kehidupan yang memaksa untuk ditempuh.... berbekalkan sabar dan redha yang ada moga-moga terus diberi kekuatan untuk menyelusuri perjalanan hidup... sampai bila? berserah pada Allah... 


Ya Allah padaMU ku memohon diberi kekuatan menempuh ujian dan liku-liku kehidupan ini... 
Andai Takdir ini melemahkan diri ini berilah pertolongan kepada hambaMu yang lemah ini untuk terus menjadi hamba yang istiqamah bersabar dan redha...

Wednesday, July 31, 2024

Takdir & Kehidupan....

 Assalamualaikum w.b.t...

Sekian lama menyepi hampir 7 tahun... tanpa disedari usia hampir mencecah 40 tahun...

Takdir dan Kehidupan... 

Sebagai hamba kita perlu menerima hakikat bahawa kehidupan kita tidak boleh lari dari ketentuan takdir... Sebagai seorang islam Kepercayaan Kepada Qada' dan Qadar merupakan pegangan yang mesti dimani. Setiap perjalanan seorang hamba setiap detik dan saat akan diikuti oleh takdir seperti bayang-bayang... sebagai hamba kita perlu belajar untuk menerima takdir dengan redha dan pasrah... Takdir dan Kehidupan  Ibarat "Hati & Jantung", "Layang-Layang & Talinya"... mana mungkin hati mampu berdetik tanpa jantung yang sentiasa berdegup, begitu juga layang-layang mana mampu terbang dengan sempurna tanpa tali yang mengikatnya.... begitulah ikatan yang dapat digambarkan antara takdir dan kehidupan...

Setiap Takdir yang berlaku atas kehidupan kita pastinya terkandung 1001 hikmah yang hanya diketahui olehNYA... Setiap Makluk yang bergelar manusia pasti akan diuji dengan takdir, sama ada takdir yang baik ataupun buruk....

Ya Allah berilah kekuatan kepadaku Dalam melayari takdir dengan rahmat dan kasih sayangMU. Diri ini sentiasa berusaha menghiburkan hati dengan tekad takdir yang baik beserta hikmahnya mengiringi setiap perjalanan hidup ini... Moga-moga dengan Takdir yang berlaku dalam liku kehidupan ini mendekatkan lagi diri ini sebagai hamba dengan sang Pencipta Allah S.W.T.. Hanya engkau Ya Allah Sebaik-baik tempatku mengadu dan memohon... 

Ya Allah bimbinglah hati ini untuk sentiasa bersangka baik dengan takdirMU dalam menempuh kehidupan ini...

Ya allah betapa dahsyat dan peritnya takdir yang menimpa bimbinglah hati ini untuk sentiasa dalam landasan Redha dan Pasrah selagi Nyawa bercantum dengan Jasad... 

Ya Allah jadikanlah diri ini sentiasa dalam redha dan pandangan RahmatMu.