Thursday, December 31, 2009

salam penghijrahan.

alhamdulillah masih diberi kesempatan setelah sekian lama tidak menulis kerana kesibukan menuntut ilmu..insyaAllah dengan sedikit ilmu yang dipelajari mampu dikongsi bersama-sama bagi terus mendekatkan diri pada Allah s.w.t..dengan kehadiran bulan islam yang baru 1431, begitu juga dengan tahun 2010 dalam hidup kita marilah sama-sama kita memasangkan niat dan azam yang baru semoga dengan kehadiran tahun demi tahun kepada menjadikan kita lebih dekat kepada Allah s.w.t..dengan kehadiran tahun baru dalam hidup kita itu tandanya semakin dekat lah umur kita kepada Akhirat, semakin hampir kita kealam yang fana, setahun demi setahun mendatang, adakah kita pasti kita mampu mencapai umur sehingga 60 atau 70 tahun? yang pasti hanya Allah sahaja penentu hidup kita.

Adakah cukup amal ibadat kita kepada Allah selama kita hidup didunia ini?persoalan yang cukup jelas yang selalu bermain difikiran kita, mampukah amal ibadat yang ada sekarang dalam diri kita menjadi penolong ketika berhadapan Allah s.w.t diakhirat kelak? sama-samalah kita hisab diri sendiri...apa yang penting semoga dengan kehadiran tahun baru dalam hidup kita marilah sama-sama meningkatkan amal ibadat kita kepada Pencipta Yang Maha Agung semoga ditempatkan ditempat yang mulia bersama hamba-hamba yang soleh. sentiasalah menginsafi diri, merenung setiap kesilapan yang dilakukan..sesungguhnya manusia itu dijadikan lemah, namun ia adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah s.w.t.. sama-samalah kita mencari mardatillah dengan setiap detik dalam hidup kita sentiasa mengingatinya dimana sahaja kita berada, yang pasti suatu masa kita semua akan mengadapnya berdasarkan suratan amalan yang dilakukan selama ini.salam mardatillah...

Friday, December 4, 2009

dosa-dosa harian....

asslamualaikum...
alhamdulillah masih diberi ruang hidayah oleh Allah s.w.t untuk menulis sedikit peringatan buat diri yang hina ini moga-moga sentiasa dibawah naugan dan petunjukNya...

apabila memikirkan tentang diri betapa banyaknya dosa-dosa yang telah dilakukan jika dibandingkan dengan amalan ibadat, tidak mampu rasanya untuk menutup dosa-dosa yang telah dilakukan. namun dengan rahmat dan kasih sayang Allah sebagai pencipta hamba ini, mampu menutupi segalanya... pun begitu adakah kita sentiasa merenung dan menginsafi dosa-dosa kita yang tinggi menggunung yang telah kita lakukan selama ini?? adakah kita yakin bahawa Allah telah memaafkan dosa-dosa yang telah dilakukan?? fikir-fikirkanlah...

dalam kehidupan harian kita, amat sukar untuk mengelak dari melakukan dosa apatah lagi dikekeling kita dipenuhi dengan sahabat karib kita iaitu syaitan dan kawan yang sentiasa bertakhta dalam diri kita iaitu nafsu. bagi hamba-hamba yang lemah imannya amat mudah sekali tewas tanpa berfikir panjang..namun bagi yang kuat imannya sekali pun tidak terlepas dengan godaan dan belaian syaitan dan nafsu yang memberi nikmat dunia dengan cara yang bermacam-macam bagi menewaskan iman. begitu kuat sekali syaitan dan nafsu mengoda sehingga kita lemah longlai dan akhirnya tewas kepada pujukannya...begitulah kehidupan kita harian yang dilalui oleh hamba-hamba yang bergelar islam yang mempunyai banyak mahupun sedikit iman didalam diri... semakin tinggi nilai iman dalam diri kita semakin kuatlah godaan syaitan dan nafsu sehinggalah kita mengikut telunjuknya.

namun begitu, selepas tewas dengan pujuk rayu syaitan dan iblis jangan sesekali berputus asa sesungguhnya rahmat Allah terbentang begitu luas terhadap hamba-hambanya, sama-sama kita perbanyakkan taubat kepadaNYA dengan soalt taubat, beristiqfar, berzikir, sentiasa menghisab diri dan dosa-dosa, sesungguhnya manusia tidak terlepas dari melakukan dosa..sama-samalah kita tanam keazaman yang tinggi untuk terus berjuang melawan godaan nafsu dan syaitan, lakukanlah apa sahaja pun bagi mengelakkan kita dari terjerumus kelembah dosa-dosa yang telah kita lakukan. insyaAllah sesungguhnya dengan sifat Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang diampuni dosa-dosa yang lalu. sama-samalah kita bekalkan diri kita dengan iman yang mantap sebelum berjumpa dengan Maha Pencipta yang menguasai seluruhnya.

sama-samalah kita doakan untuk kebaikan semua demi mendapat keredaan Allah s.w.t......

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM,
AMPUNILAH DOSA-DOSA KAMI DAN HAMBA-HAMBAMU YANG BERIMAN,
BERIKANLAH KAMI HIDAYAH DAN PETUNJUK KEJALAN YANG BENAR,
BIMBINGLAH KEHIDUPAN KAMI DENGAN RAHMAT DAN KEREDAANMU,
JADIKANLAH KAMI HAMBA-HAMBAMU YANG ISTIQAMAH DALAM MELAKUKAN KEBAIKAN,
JADIKANLAH KAMI HAMBA YANG BERSYUKUR PADAMU,
JAUHKANLAH KAMI DARI TERUS MELAKUKAN MAKSIAT DAN DOSA-DOSA BESAR,
SESUNGGUHNYA YA ALLAH, HANYA ENGKAULAH TEMPAT KAMI MENGADU DAN MERAYU MEMOHON HIDAYAH DAN SYURGAMU YA ALLAH.
AMIN AMIN AMIN...