Monday, November 16, 2009

bersyukur...

alhamdulillah....bersyukur pada atas semua kenikmatan yang diberikan...pertama-pertamanya sama-sama kita renungkan dipagi hari ini, adakah kita telah bersyukur setelah dibangunkan dari tidur? atau terus masuk ke bilik air untuk mandi...sedar atau tidak kita bahawa besarnya kelebihan bersyukur.

bersyukur itu merupakan suatu sifat bagi orang-orang beriman dan merupakan amalan bagi orang-orang yang bertaqwa, tetapi bagi orang tamak dan cintakan dunia mereka menganggap mereka yang berkuasa sudah cukup untuk mereka tanpa perlu bersyukur dengan kenikmatan yang diberikan..

sedarkah kita, bersyukur itu merupakan tali diantara hamba dengan penciptanya iaitu Allah s.w.t.. dengan bersyukur menunjukkan kita ini hambanya yang sentiasa menggingatiNYA walau apa jua keadaan sekalipun. dengan menunjukkan kesyukuran kita pada Allah menyebabkan kita diredai serta ditambahkan lagi kenikmatan ketenangan dan petunjuk kejalan yang lurus.

apakah lagi yang diperlukan oleh hamba selain dari reda Allah? jawapannya cukuplah reda Allah bagi kita...insyaAllah dengan sentiasa bersyukur mengingatiNYA selalu, diberikan ketenangan, rahmat dan kasih sayangNYa yang berkekalan...

Wednesday, November 11, 2009

renunglah amalan harian..


alhamdulillah mampu menulis sedikit dari tidak menulis langsung..insyaAllah sama-sama kita bincang tentang kehidupan seharian kita..adakah setiap tingkahlaku kita seharian mendekatkan diri kepada Allah? satu persoalan yang dianggap remeh dan bersahaja namun kebanyakan dikalangan kita tidak menilai, menghitung tentang perkara ini..Allah s.w.t berfirman yang bermaksud;"maka sesiapa yang mengerjakan kebaikan sebesar zarah, nescaye dia akan melihat (balasan) nya. dan barangsiapa mengerjakan kejahatan seberat zarah, nescaye dia akan melihat (balasan)nya."al-zalzalah.

tidakkah kita berfikir ayat ini menyebutkan tentang amalan perbuatan kita sekecil mana atau sebesar mana pun kebaikan atau kejahatan yang dilakukan semuanya akan dihitung kelak. ia berkait rapat sekali dalam kehidupan seharian kita dari permulaan sampai penghujung hayat kita.. andainya kita hanya sekadar senyum kepada sahabat dipagi hari, adakah itu tidak dihitung? jawapannya pasti.. bertepatan sekali dengan ayat diatas tadi. andainya kita beniat untuk melakukan sesuatu tanpa melakukan nya, adakah itu semua dihitung?? jawapannya juga pasti kerana niatlah punca segalanya yang pertama sekali dihitung..

cuba kita renung hari-hari yang telah lepas berapa banyakkah perbuatan yang kita lakukan? yang pasti kita tidak dapat menghitungnya satu persatu adakah kebaikan melepasi keburukan ataupun sebaliknya... untuk itu kita sebagai hamba Allah yang hanya sekadar menumpang nikmat yang sementara didunia ini hendaklah sentiasa memastikan diri sentiasa melakukan perkara yang boleh mendatangkan kebaikan walau sekecil mana sekalipun...sentiasalah bermuhasabah diri sedalam-dalamnya agar setiap perbuatan kita termasuk dalam perhitungan amalan yang baik lagi diberkati... renung-renungkanlah moga-moga termasuk dalam golongan hamba yang diredai Allah s.w.t...

Monday, November 9, 2009

kata-kata hikmah...


Sesiapa yang memenuhi pelawaan iblis maka hilanglah agama dalam dirinya, sesiapa yang menuruti ajakan jiwanya maka hilanglah nilai nyawanya, sesiapa yang mengikuti tuntutan nafsunya maka hilanglah akal dari dirinya, sesiapa yang memenuhi ajakan dunia maka tiadalah lagi akhirat untuknya, sesiapa yang menuruti ajakan anggota tubuhnya maka hilanglah syurga untukKekayaan yg sebenar ialah akal , kepapaan yg sebenar ialah rosak akal . Sepi yang sebenarnya ialah kagum dengan diri sendiri dan kemuliaan yang sebenar ialah akhlak yg baik. - Saidina Ali bin Abi Talib

Sunday, November 1, 2009

kata-kata hikmah...

Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain.
” Riwayat at-Tirmidzi اللهم تقبل دعأنا وركوعنا وسجودنا لك يا رب العالمين...أمين

"Ketika orang lain bergantung pada dunia, gantunglah dirimu hanya pada Allah. Ketika orang lain merasa gembira dengan dunia, jadilah dirimu gembira kerana Allah. Ketika orang lain merasa bahagia kerana kekasih mereka, jadilah dirimu merasa bahagia dengan Allah, dan ketika orang-orang pergi menghadap raja dan pembesar-pembesar untuk mengais harta dan mencintai mereka, jadilah dirimu betul-betul mencintai Allah" - IBNUL QAYYIM-